AGENDA

Palestin desak campur tangan antarabangsa henti segera genosid Israel di Gaza

18 Mac 2025, 2:30 PM
Palestin desak campur tangan antarabangsa henti segera genosid Israel di Gaza
Palestin desak campur tangan antarabangsa henti segera genosid Israel di Gaza

RAMALLAH, 18 MAC: Palestin pada Selasa menggesa campur tangan segera antarabangsa bagi menghentikan perang genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain, walaupun perjanjian gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

Gambar yang tersebar dari Gaza menunjukkan majoriti mangsa adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang rumah mereka dibom pada waktu malam.

[caption id="attachment_692102" align="aligncenter" width="813"] Rakyat Palestin memeriksa jenazah yang terbunuh dalam serangan Israel di Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, Palestin, pada 17 Mac 2025. Foto REUTERS[/caption]

Dalam kenyataan, Kementerian Luar Palestin menyifatkan serangan Israel ke atas penduduk awam di Gaza sebagai "gangguan terhadap usaha antarabangsa untuk pembinaan semula Gaza dan penghindaran Israel daripada kewajipan gencatan senjata."

"Penyelesaian politik merupakan kunci untuk mencapai ketenangan, menghentikan serangan, serta memulihkan hala tuju penyelesaian konflik," tegas kenyataan itu.

"Kami menyeru pendirian tegas antarabangsa bagi menguatkuasakan penghentian serta-merta serangan dan memberi amaran terhadap cubaan rejim penjajah melaksanakan rancangan pemindahan paksa rakyat kami," tambah kementerian tersebut.

Sejak Oktober 2023, lebih 48,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 112,000 yang lain cedera dalam kempen ketenteraan kejam Israel di Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619