BERITA UTAMA

Permohonan bengkel ekonomi penjagaan dilanjut 31 Mac, peserta dibimbing pemimpin industri

9 Mac 2025, 4:18 AM
Permohonan bengkel ekonomi penjagaan dilanjut 31 Mac, peserta dibimbing pemimpin industri

SHAH ALAM, 9 MAC: Pemohonan program Selangor Care Accelerator (XCare) 2025 yang tamat esok dilanjutkan sehingga 31 Mac bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai pengusaha ekonomi penjagaan.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata 30 pengusaha layak akan menerima surat pada 7 April dan bengkel intensif merangkumi 13 modul akan bermula pertengahan April.

"Setakat ini kita menerima pendaftaran tinggi tetapi berdepan masalah kerana dokumen tidak lengkap. Kira-kira 10 pengusaha sahaja yang lengkap sepenuhnya. Permohonan dilanjutkan supaya ramai lagi dapat mendaftar dan menerima manfaat program.

“Kita sarankan pengusaha sama ada syarikat atau individu untuk mengambil peluang ini sekali gus dapat menjamin pendapatan lebih tinggi,” katanya Anfaal Saari kepada Media Selangor.

Dilancarkan Februari lalu, program julung kali itu membantu peserta mendapat bimbingan pemimpin industri selain berpeluang melawat kemudahan industri penjagaan tempatan.

Kemuncak program, peserta akan menyertai pertanding pitching dan saringan sebelum 10 orang dipilih ke peringkat akhir dengan lima daripadanya bakal menerima ganjaran antaranya lawatan industri ke luar negara.

Syarikat dan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang xcare.selcare.com atau berhubung dengan penganjur menerusi emel xcare.selangor@gmail.com.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619