BERITA UTAMA

EXCO: Negeri hulur bantuan segera RM500 kepada keluarga terjejas ribut

6 Mac 2025, 6:11 AM
EXCO: Negeri hulur bantuan segera RM500 kepada keluarga terjejas ribut
EXCO: Negeri hulur bantuan segera RM500 kepada keluarga terjejas ribut
EXCO: Negeri hulur bantuan segera RM500 kepada keluarga terjejas ribut

SHAH ALAM, 6 MAC: Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan kilat RM500 kepada setiap keluarga terjejas akibat kejadian ribut di Parit 4, Sungai Burong di Tanjong Karang, pagi tadi.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata pihaknya menerima laporan hampir 10 kediaman yang terletak berhampiran bendang rosak teruk dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu.

“Ribut dipercayai berlaku 15 minit. Ada rumah rosak teruk, bumbung terbang dan sebagainya. Difahamkan tiada kecederaan, hanya kerosakan harta benda.

“Kita sudah turun buat tinjauan bersama ketua komuniti dan bantuan kecemasan menerusi pejabat saya juga telah dihulurkan kepada mangsa terjejas,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_683373" align="alignleft" width="395"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim ketika temu bual khas bersama Media Selangor di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Suee Lim menambah, tiada pusat pemindahan sementara dibuka berikutan semua mangsa masih berada di rumah masing-masing dan ada yang menumpang sementara di rumah saudara.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Tanjong Karang menjelaskan, kejadian ribut merupakan fenomena biasa saban tahun berikutan sawah padi merupakan kawasan yang terdedah dan luas.

“Saya harap semua mangsa dapat bersabar dan kita akan cuba bantu dan hulurkan bantuan yang mampu sehingga rumah mereka dapat dibaik pulih,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan lapan rumah musnah akibat ribut kencang di Parit 4, Sungai Burong.

Jurucakap PGO JBPM Selangor memaklumkan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.48 pagi.

“Kami mengarahkan penduduk setempat keluar dari rumah yang musnah dan berkumpul di tempat selamat. Pemeriksaan dilakukan dan tiada mangsa cedera atau maut,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_690233" align="aligncenter" width="1052"] Antara kerosakan akibat ribut dalam kejadian di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang pada 6 Mac 2025. Foto JBPM Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619