BERITA UTAMA

Program khas bantu Kafa dapatkan sijil layak menduduki, jamin keselamatan

26 Feb 2025, 4:28 AM
Program khas bantu Kafa dapatkan sijil layak menduduki, jamin keselamatan
Program khas bantu Kafa dapatkan sijil layak menduduki, jamin keselamatan

SHAH ALAM, 26 FEB: Selangor akan mewujudkan program khas bagi membantu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) mendapatkan sijil atau dokumen rasmi mengesahkan institusi itu selamat diduduki.

EXCO agama Islam berkata dokumen seperti Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) penting untuk menjamin memastikan sekolah berkenaan selamat melibatkan aspek pendawaian elektrik dan struktur.

Menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini, usaha tersebut menurut Dr Fahmi Ngah, akan dilaksanakan selepas proses pemutihan tahfiz persendirian di Selangor selesai.

"Dokumen seperti CCC dan Sijil Layak Menduduki (CFO) jaminan sekolah ini selamat. Jika tiada atau dalam proses, mungkin ia memerlukan program baharu.

[caption id="attachment_648033" align="aligncenter" width="800"] Murid menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Qur’an dan Fardhu Ain. Foto Arkib Selangorkini[/caption]

"Pemutihan tahfiz persendirian juga sebelum ini mengalami masalah sama, tetapi kita bantu dan dana khidmat perunding dibiayai Majlis Agama Islam Selangor," katanya di sini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Hulu Bernam Mu’izzuddeen Mahyuddin berhubung kesediaan Kerajaan Negeri membantu sekolah Kafa mendapatkan sijil kelayakan menduduki.

Dalam pada itu, Dr Fahmi memberitahu sebanyak 292 sekolah Kafa perlu dibantu dalam kelulusan dokumen, jauh lebih rendah berbanding tahfiz persendirian berjumlah 606.

"Bagi CFO bangunan Kafa yang lama, pengurusan sekolah perlu mendapatkan ulasan daripada tiga agensi iaitu pihak berkuasa tempatan, pejabat kesihatan daerah dan bomba.

"Kita sedia membantu kerana ia bukan perkara mustahil tetapi perlu dibuat dengan perancangan teliti dan menunggu laporan lengkap daripada pihak berkaitan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619