EXCO

Selangor giat teroka teknologi hijau bangun industri tenaga, pastikan kelestarian alam

25 Feb 2025, 4:10 AM
Selangor giat teroka teknologi hijau bangun industri tenaga, pastikan kelestarian alam
Selangor giat teroka teknologi hijau bangun industri tenaga, pastikan kelestarian alam
Selangor giat teroka teknologi hijau bangun industri tenaga, pastikan kelestarian alam

SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor giat meneroka teknologi hijau dalam pembangunan industri tenaga bagi menghasilkan gas sekali gus memastikan kelestarian alam sekitar.

Dato’ Menteri Besar berkata antara usaha dilakukan termasuklah pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram dan stesen mini hidroelektrik di Batang Kali.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri menerusi Worldwide Holdings Bhd turut berjaya membida projek solar panel terapung berskala besar 300 megawatt di negara ini.

[caption id="attachment_687793" align="aligncenter" width="790"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sesi soal jawab mesyuarat pertama (pembukaan) persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor pada 19 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Loji jana kuasa di Pulau Indah dimiliki Worldwide dengan pengeluaran tenaganya 1,200 megawatt akan menghasilkan gas. Sekarang dalam proses percubaan dan akan berjalan tengah tahun ini atau selewatnya pada Ogos.

“Beberapa kawasan lain juga beralih malah kita juga laksanakan program guna sumber air untuk hasilkan tenaga seperti dua projek hidro di Batang Kali, Kerling. Pertama dah siapa dan kedua akan siap tak lama lagi,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_683448" align="aligncenter" width="796"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik perasmian Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali pada 23 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Menjawab soalan tambahan wakil rakyat Ijok Jefri Mejan berhubung teknologi hijau, Amirudin berkata usaha berkenaan akan terus diperkasa termasuk memberi sokongan kepada anak syarikat yang melaksana projek berkaitan.

Sebelum ini Amirudin berkata industri tenaga giat dibangunkan bagi menangani perubahan iklim yang mengancam global, termasuk mengarah agensi negeri membuat perancangan inovasi berkaitan.

Jelas wakil rakyat Sungai Tua, Kerajaan Negeri turut aktif meneroka industri berkenaan sebagai usaha memacu ekonomi, seiring usaha mampan melestarikan alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619