AGENDA

Selangor teroka industri tenaga, pacu ekonomi seiring melestari alam sekitar

25 Jul 2024, 12:30 PM
Selangor teroka industri tenaga, pacu ekonomi seiring melestari alam sekitar

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Industri tenaga giat dibangunkan Selangor sebagai usaha menangani perubahan iklim yang menjadi ancaman global ketika ini.

Dato' Menteri Besar berkata agensi dan anak syarikat diarah membuat perancangan serta menjadikan elemen itu sebagai peluang untuk lebih berinovasi sekali gus beradaptasi dengan perubahan tenaga.

“Pada Isnin, dunia mencatat rekod baharu untuk hari paling panas sepanjang masa dengan suhu purata global 17.15 darjah Celsius. Rekod dicatatkan 24 jam sebelumnya.

“Ini menunjukkan kita masih belum mampu meredakan dan menangani isu perubahan iklim. Kita perlu menggiatkan lagi usaha untuk tujuan itu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Persidangan Perniagaan Asean Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) hari ini.

Pada Oktober tahun lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri aktif meneroka industri tenaga sebagai usaha memacu ekonomi, seiring usaha melestarikan alam sekitar.

Antara dilakukan ialah pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, Klang; stesen mini hidroelektrik di Batang Kali, Hulu Selangor serta pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram, Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619