BERITA UTAMA

EXCO: Isu parit, jalan tidak bertuan dijangka selesai tahun ini

21 Feb 2025, 6:01 AM
EXCO: Isu parit, jalan tidak bertuan dijangka selesai tahun ini

SHAH ALAM, 21 FEB: Proses agihan longkang dan jalan tidak bertuan seluruh Selangor kepada agensi berkaitan dijangka selesai tahun ini.

EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim berkata proses agihan itu melibatkan dua fasa sepanjang 500 kilometer.

"Isu jalan, longkang dan parit tidak bertuan bukan mudah untuk diuruskan sebab libatkan banyak pemilikan. Kita tidak boleh masuk dan selenggara tanpa kebenaran kerana pernah kena tindakan undang-undang.

"Setakat ini, proses inventori dalam peringkat akhir sebelum kita agihkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran atau agensi tertentu. Kita jangka tahun ini selesai diagihkan," katanya.

Beliau berkat demikian Ketika menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sijangkang Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berkenaan isu jalan dan longkang bawah pembangunan luar bandar pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Selain itu, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM39 juta tahun ini bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan longkang luar bandar.

"Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor menyelaras keperluan penyelenggaraan jalan-jalan dan juga longkang luar bandar menggunakan peruntukan disediakan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM35 juta.

"Peringkat Kerajaan Negeri pula, dana RM4 juta disedia melibatkan kampung tradisi dan baharu. Kita sentiasa mengambil berat berhubung isu berkenaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619