BERITA UTAMA

Sultan, Tengku Permaisuri berangkat ke majlis santapan malam sidang DUN

19 Feb 2025, 12:19 AM
Sultan, Tengku Permaisuri berangkat ke majlis santapan malam sidang DUN

SHAH ALAM, 19 FEB: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat Majlis Santapan Malam sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 tahun 2025, di sini semalam.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Ketibaan Baginda bertiga disambut Dato' Menteri Besar Dat0 Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San dalam sembah ucapannya berkata Pejabat DUN Selangor dalam rancangan menambah baik portal rasmi DUN Selangor, menerusi pembangunan sistem carian hansard secara elektronik yang lebih pantas dan mesra pengguna.

Beliau berkata sistem itu adalah kesinambungan daripada pewujudan sistem carian bagi jawapan dan soalan dewan serta enakmen DUN Selangor, yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Penambahbaikan sebegini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi menjadikan portal ini lebih menarik, interaktif, dan mudah digunakan oleh orang ramai,” kata Lau.

Selain itu, Lau turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjaga disiplin dengan penuh tanggungjawab, terutamanya berkaitan kehadiran dan pematuhan terhadap kod etika pemakaian sepanjang persidangan DUN berlangsung.

“Sebagai ADUN, kita adalah contoh teladan kepada masyarakat. Kita perlu memikul amanah dan integriti yang tinggi, kerana persidangan ini ditonton oleh pelawat yang hadir serta rakyat Selangor melalui siaran langsung di pelbagai platform digital.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan perkara-perkara yang membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat serta memacu kejayaan negeri Selangor,” katanya.

Persidangan DUN Selangor berlangsung bermula hari ini hingga 21 Feb, 24 hingga 28 Feb serta 3 Mac.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619