AGENDA

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita

16 Feb 2025, 1:30 PM
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita

KUALA LUMPUR, FEB 16: Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok hari ini.

Pada pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekali gus memadam rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.

Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan Lee Siyoon dengan catatan 32 hit manakala Teh Xiu Yi dari Singapura menamatkan podium selepas mencatatkan 28 hit untuk memenangi pingat gangsa.

Ini adalah emas kedua Malaysia dalam kejohanan itu selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mendominasi acara 10m air pistol wanita dengan 239.3 mata Khamis lepas.

Kejohanan yang bermula pada 9 Feb ini akan berlangsung sehingga 22 Feb.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619