AGENDA

Piala Asia: Malaysia mara ke akhir bertemu Thailand petang ini

18 Mei 2025, 5:30 AM
Piala Asia: Malaysia mara ke akhir bertemu Thailand petang ini

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Malaysia mara ke pentas akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kejayaan itu menghangatkan lagi misi memecah penantian 34 tahun untuk menumbangkan seteru utama, Thailand, yang turut layak ke final dengan kemenangan 2-0 ke atas Korea Selatan. Aksi akhir bakal berlangsung petang ini.

Dalam pertemuan menentang India, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun menurunkan regu pertama Mohamad Syahir Modh Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir, yang meraih mata buat Malaysia hasil kemenangan 15-8, 15-6.

Kemenangan tersebut menyuntik momentum buat regu kedua, terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali, yang menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-8, 15-5.

Terdahulu, Malaysia muncul juara dalam acara kuadran dan regu pada kejohanan edisi sulung tersebut.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619