AGENDA

PM: Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi Madani

15 Feb 2025, 3:30 PM
PM: Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi Madani
PM: Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi Madani
PM: Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi Madani

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata dasar itu amat berkesan dalam memateri keyakinan pelabur dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif ini dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebook rasmi miliknya hari ini.

Anwar berkata ekonomi Malaysia mencatat prestasi hebat dengan pertumbuhan KDNK yang mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5 peratus serta melonjak jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023.

Beliau berkata lebih membanggakan lagi, Kerajaan Madani juga berjaya mengurangkan defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) kepada 4.1 peratus, lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus sebelum ini.

Menurut beliau, pertumbuhan kukuh tersebut telah didorong oleh peningkatan pelaburan yang melonjak 12 peratus yakni tertinggi dalam 12 tahun, serta eksport yang terus berkembang, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik.

“Pemulihan pelancongan dan pelaksaan pantas projek infrastruktur utama turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” tambah beliau lagi.

Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan kukuh KDNK itu didorong oleh permintaan dalam negara yang terus berkembang dan pemulihan eksport.

Pertumbuhan di dalam negara didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, selain langkah dasar bagi menyokong isi rumah dan kedudukan kewangan isi rumah yang kukuh.

“Selain itu, kelulusan pelaburan yang mantap serta projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta, termasuk inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional (iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Strategi Semikonduktor Nasional), memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan pelaburan,” jelas BNM.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619