ADN

Ribuan orang hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Hulu Kelang

10 Feb 2025, 1:00 AM
Ribuan orang hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Hulu Kelang
Ribuan orang hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Hulu Kelang

AMPANG JAYA, 10 FEB: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang malam tadi meriah dengan kehadiran ribuan penduduk setempat.

Dianjurkan di taman awam di Taman Melawati di sini, majlis dihadiri pelbagai bangsa itu turut dihadiri Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Kasdi.

Ketibaan beliau disambut Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad.

[caption id="attachment_686264" align="aligncenter" width="669"] Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Rahim Kasdi (kanan) bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang di taman awam, Taman Melawati pada 09 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Pengunjung yang hadir dihidang dengan pelbagai juadah dan majlis diserikan dengan pertunjukan bunga api serta tarian singa.

Dalam pada itu, Juwairiya memaklumkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Hulu Kelang tahun ini berbeza berbanding sebelum ini yang diadakan di dalam bangunan.

“Pada tahun ini kita buat sedikit perubahan iaitu di luar yang mana konsepnya lebih terbuka dan santai. Mari kita sama-sama meraikan kepelbagaian budaya dan agama.

“Penting untuk kita menjaga keharmonian dan menghormati satu sama lain selain mengekalkan perpaduan demi masa depan,” ucapnya.

Terdahulu, Juwairiya bersama tetamu jemputan menyampaikan angpau kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619