ADN

Batang Kali Days Out lawat 12 lokasi menarik, sokong TMS 2025

2 Feb 2025, 12:30 PM
Batang Kali Days Out lawat 12 lokasi menarik, sokong TMS 2025

SHAH ALAM, 2 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali bakal menganjur 12 siri lawatan ke lokasi menarik sepanjang tahun ini bagi mendedahkan penduduk dengan dunia luar.

Penyelarasnya berkata program Batang Kali Days Out 2025 dianjur setiap bulan dengan setiap siri melibatkan 40 peserta daripada pelbagai kelompok antaranya pelajar, belia dan suri rumah.

“Matlamat kita mahu bawa penduduk keluar dari Batang Kali melihat tempat-tempat menarik. Setiap lokasi berbeza. Siri pertama dianjur bulan lalu, kita bawa 35 pelajar pendidikan khas bersama guru ke Ladang Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia.

“Bulan ini kita rancang ke Sky Mirror dan Bukit Melawati di Kuala Selangor. Sempena Ramadan nanti pada Mac, kita akan bawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,” kata Saifuddin Shafi Muhammad kepada Selangorkini.

Beliau manambah program yang mendapat kerjasama beberapa pihak antaranya Team Selangor dan Penggerak Belia Selangor bakal menyemarakkan Tahun Melawat Selangor 2025.

“Kita harap penduduk akan merebut peluang ini. Pendaftaran boleh dibuat menerusi kod QR yang akan dimaklumkan menerusi sosial media. Kita utamakan permohonan yang dibuat awal,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619