AGENDA

Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik dalam parit

30 Jan 2025, 1:46 PM
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik dalam parit

SIBU, 30 JAN: Seorang remaja lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama tiga ahli keluarga terlibat kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 130 Jalan Sibu-Bintulu, Selangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata Mohamad Syakirul Faqeh Mohamad Zamari, 16, dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Beliau berkata bapa mangsa Mohamad Zamari Marassan, 48, yang bekerja sebagai pemandu Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak di Jalan Bakam, Miri mengalami kecederaan pada bahagian dada, manakala ibu Siti Armah Abd Hamid, 41 dan adik lelaki Mohamad Syahir Fayyadh, 6, tidak mengalami kecederaan.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda Toyota Hilux dinaiki mangsa sekeluarga, yang bergerak dari arah Bintulu dan Toyota Avanza yang diletakkan di bahu jalan.

“Siasatan mendapati kenderaan mangsa yang menuju ke Sibu hilang kawalan dan terbabas, lalu melanggar kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelum terjunam dan terbalik ke dalam parit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhamad Rizal berkata kejadian berlaku di jalan lurus, manakala cuaca hujan serta permukaan jalan basah, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah, manakala tiga lagi mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619