AGENDA

Pelajar sekolah maut dipercayai mangsa kemalangan langgar lari

3 Jun 2024, 10:00 AM
Pelajar sekolah maut dipercayai mangsa kemalangan langgar lari

SEREMBAN, 3 JUN: Remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata remaja berusia 14 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kampung Tebing menghala ke Nilai itu dipercayai mangsa kemalangan langgar lari.

"Apabila tiba di lokasi kemalangan, motosikal itu dipercayai dilanggar sebuah kenderan lain dari arah sama.

"Akibat kemalangan tersebut, pelajar sekolah menengah itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Klinik Kesihatan Nilai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Insp Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619