BERITA UTAMA

EXCO: Kes demam denggi menurun 68.3 peratus, negeri terus pergiat usaha

29 Jan 2025, 11:20 AM
EXCO: Kes demam denggi menurun 68.3 peratus, negeri terus pergiat usaha
EXCO: Kes demam denggi menurun 68.3 peratus, negeri terus pergiat usaha
EXCO: Kes demam denggi menurun 68.3 peratus, negeri terus pergiat usaha

SHAH ALAM, 29 JAN: Kes demam denggi di Selangor mencatatkan penurunan 68.3 peratus iaitu 1,778 kes sehingga Minggu Epid 3/2025 berbanding 5,612 kes tempoh sama tahun lalu.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata secara purata kes demam denggi tahun lalu merekodkan penurunan 1.2 peratus iaitu 60,354 kes berbanding 61,080 kes pada 2023.

“Hal ini menunjukkan perkembangan positif hasil pelaksanaan program pengawalan dan pencegahan termasuk kempen berterusan Kerajaan Selangor dalam mengawal kes demam denggi.

“Kerajaan Negeri termasuk beberapa agensi dan badan bukan kerajaan sentiasa komited meneruskan usaha membasmi kes denggi di peringkat komuniti di Selangor,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_684509" align="aligncenter" width="943"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin merasmikan program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang pada 23 Januari 2025. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin[/caption]

Bagi memastikan kes itu terkawal, Jamaliah berkata pihaknya turut menganjurkan Program Kembara Kesedaran Denggi 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang pada 23 Januari lalu.

Jelasnya, program itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat dalam usaha menangani kes demam denggi.

Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang program antaranya Forum: Mitos dan Fakta Mengenai Penyakit Demam Denggi", sesi perkongsian pihak berkuasa tempatan dan pejabat kesihatan, mencari harta karun (treasure hunt) serta pameran.

“Penduduk di Selangor disaran sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit menghapuskan tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

[caption id="attachment_684510" align="aligncenter" width="1039"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bersama tetamu dan peserta selepas merasmikan program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang pada 23 Januari 2025. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619