AGENDA

Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi, rampas duit lebih RM19,000

26 Jan 2025, 2:15 PM
Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi, rampas duit lebih RM19,000

SEREMBAN, 26 JAN: Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kesemua lelaki dalam lingkungan 34 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada pukul 12.01 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian Holo, dadu (dua), piring seramik (satu), mangkuk seramik (satu), kerusi (12) serta wang tunai RM19,168,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619