AGENDA

Lapan lelaki warga asing diselamatkan, jadi buruh paksa di kebun sayur

23 Jan 2025, 1:00 PM
Lapan lelaki warga asing diselamatkan, jadi buruh paksa di kebun sayur

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata mereka yang diselamatkan berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun dan merupakan pekerja ladang yang tidak dibayar gaji walaupun terdapat antara mereka sudah bekerja selama tujuh bulan.

Beliau berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 12.30 tengah hari 21 Januari lalu.

"Polis turut menahan tiga individu tempatan berusia lingkungan 32 hingga 35 tahun yang merupakan pemilik ladang sayur berkenaan dan pembantunya mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan 21 pendatang asing melibatkan warganegara Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

"Semua pekerja ladang berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619