AGENDA

Lelaki parah ditikam dipercayai masalah hutang

11 Okt 2023, 3:20 PM
Lelaki parah ditikam dipercayai masalah hutang

GEORGETOWN, 11 OKT: Lelaki tempatan parah selepas ditikam dalam insiden pergaduhan dipercayai berpunca masalah hutang di sebuah pasar di Lebuh Cecil di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada 3 petang sebelum ke lokasi dan mendapati lelaki berusia 26 tahun berada di keretanya dalam keadaan berlumuran darah.

"Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mengalami kecederaan luka tikaman di bahagian kaki dan perut dipercayai ditikam dengan menggunakan senjata tajam dan mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini, lelaki itu dilaporkan stabil dan siasatan awal mendapati punca kejadian pergaduhan tersebut adalah disebabkan masalah hutang. Siasatan lanjut masih dijalankan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis menahan lelaki berusia 51 tahun di kawasan Macallum pada 6.40 petang yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan permohonan reman akan dibuat esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes ASP K Linkeswaran di talian 04-2181 831 bagi membantu siasatan," katanya sambil menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menularkan gambar atau video berhubung insiden itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619