AGENDA

Anwar ucap tahniah kepada Trump, mahu perkukuh hubungan Malaysia-AS

21 Jan 2025, 3:47 PM
Anwar ucap tahniah kepada Trump, mahu perkukuh hubungan Malaysia-AS

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald J.Trump atas pelantikan rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Anwar berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Trump bagi mengukuhkan hubungan teguh, saling melengkapi dan melihat ke hadapan antara Malaysia dan AS.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri turut mengundang Presiden itu ke Malaysia, sekali gus mengesahkan semula penglibatan baharu AS dengan rantau ini.

"Presiden Trump membawa pendekatan unik kepada menangani cabaran domestik dan global, dibuktikan oleh peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza malah sebelum pelantikan rasminya.

"Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam keutamaan bersama dalam pada pentadbiran Trump berusaha untuk melakar zaman kegemilangan baharu bagi Amerika," kata Anwar menerusi catatan Facebook hari ini.

Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden AS pada Isnin.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619