ad
BERITA UTAMA

EXCO: TMS2025 buka peluang usahawan tempatan promosi produk berkualiti

18 Jan 2025, 10:00 AM
EXCO: TMS2025 buka peluang usahawan tempatan promosi produk berkualiti
EXCO: TMS2025 buka peluang usahawan tempatan promosi produk berkualiti

SELAYANG, 18 JAN: Usahawan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini perlu memanfaatkan penganjuran Tahun Melawat Selangor (TMS2025) bagi mempromosi produk mereka.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata langkah berkenaan sekali gus membantu golongan PKS menjana pendapatan lebih tinggi.

“Dari anjung utara ke selatan, negeri ini memiliki produk berkualiti dan berpotensi untuk dikembangkan lagi. Sempena TMS2025, mari pasarkan produk tempatan.

“TMS2025 bukan hanya menyasarkan pelancong dalam negeri sahaja tetapi bakal menarik lebih ramai pelancong luar negara. Ini peluang untuk mempromosi produk masing-masing,” kata Anfaal Saari.

[caption id="attachment_682610" align="aligncenter" width="677"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfal Saari menandatangan plak perasmian pada Majlis Pembukaan  Cawangan BS Freshmart yang ke-25 dan program CSR bakul makanan kepada keluarga asnaf di BS Freshmart Bandar Tasik Puteri, Rawang pada pada 18 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukan pasar raya BS Fresh Mart cawangan Rawang hari ini.

TSM2025 yang menawarkan lebih 60 program sepanjang tahun depan dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

Sementara itu, pengarah urusan BKS Fresh Mart berkata pihaknya bakal menumpukan pembukaan lebih banyak cawangan di Selangor sepanjang tahun ini.

Jelas Mohammad Rasul Razuan, selain Rawang, pasar raya yang menawarkan pelbagai produk tempatan itu juga akan dibuka di Banting dan Puncak Alam sebagai langkah awal.

“Sekarang kami sudah ada 25 cawangan di serata negara antaranya Pahang dan Kelantan dan bakal tambah lagi lima premis tahun ini. Kita beri tumpuan kepada Selangor.

“Pasar ini menumpukan jualan produk hasil laut. Ini membolehkan pembeli mendapat produk segar dan berkualiti,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.