ad
ADN

Naik taraf kolam takungan bulatan Berkeley hampir siap, atasi banjir kilat

11 Jan 2025, 9:07 AM
Naik taraf kolam takungan bulatan Berkeley hampir siap, atasi banjir kilat

SHAH ALAM, 11 JAN: Projek naik taraf kolam takungan di bulatan Berkeley, Bandar Baru Klang hampir siap dan bakal beroperasi dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei berkata kolam tadahan itu dapat mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan sekitar.

“Terdapat dua kolam takungan iaitu di Jalan Sumazau, Bukit Raja dan bulatan Berkeley. Bagi Jalan Sumazau yang mempunyai satu pam air statik dan dua bergerak (mobile) telah beroperasi cuma di bulatan Berkeley sahaja sedang laksana proses pembersihan.

“Selain itu, antara inisiatif lain yang diambil bagi menangani isu banjir kilat termasuk meninggikan struktur longkang dan dan meningkatkan kerja pembersihan,” katanya selepas merasmikan perayaan Tahun Ular “Hiss of Fortune” sempena Tahun Baharu Cina di Central i-City hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid bagi mengatasi masalah banjir di Klang.

“Banjir di Klang berlaku akibat limpahan air dari dua lokasi di Aman Perdana dan Sementa… perbincangan dilakukan supaya kita dapat mencari penyelesaian untuk rakyat,” katanya.

November tahun lalu, lima kawasan di Klang termasuk Bandar Bukit Raja dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.