ADN

ADN Bandar Baru Klang tumpu infrastruktur, kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat

19 Okt 2023, 2:05 AM
ADN Bandar Baru Klang tumpu infrastruktur, kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat
ADN Bandar Baru Klang tumpu infrastruktur, kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 19 OKT: Infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat antara tumpuan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei.

Pengalaman sebagai ahli majlis Klang sebelum ini katanya adalah kelebihan untuk beliau mendalami dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Ketika kempen pilihan raya lalu antara isu yang kerap diluahkan penduduk adalah infrastruktur setempat baik di kawasan awam mahupun di sekolah sekitar Bandar Baru Klang.

"Buat masa ini kita sudah bekerjasama dengan MPK untuk menaik taraf longkang di beberapa kawasan banjir selain jalan berlubang di Kapar juga turut dibaiki," katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_601113" align="aligncenter" width="787"] ADN Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei (tengah) beramah mesra bersama orang ramai yang hadir pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bandar Baru Klang yang diadakan di Dataran Kiosk Masjid Sirajuddin Al-Annuar, Kampung Batu Belah pada 03 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Berkongsi persiapan menghadapi musim tengkujuh, Dr Quah menjelaskan jenteranya sentiasa bersedia malah pusat pemindahan sementara (PPS) juga sudah dikenal pasti.

"Kita sudah mengenal pasti PPS untuk menempatkan mangsa banjir sekiranya berlaku bencana bah dalam masa terdekat ini," katanya.

Selain itu, Dr Quah berkata pihaknya kerap menganjurkan program saringan kesihatan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat pentingnya pencegahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619