EXCO

Negeri teliti perketat garis panduan anjur konsert, utama aspek keselamatan

6 Jan 2025, 8:30 AM
Negeri teliti perketat garis panduan anjur konsert, utama aspek keselamatan
Negeri teliti perketat garis panduan anjur konsert, utama aspek keselamatan

KUALA LANGAT, 6 JAN: Kerajaan Negeri meneliti keperluan memperketatkan garis panduan bagi penganjuran konsert pada masa akan datang.

EXCO kerajaan tempatan berkata tumpuan diberikan kepada aspek keselamatan bagi mengelak insiden pengunjung maut berulang.

“Negeri beri pengurangan duti hiburan untuk rancak kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Jadi garis panduan akan diperketat libatkan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk elak insiden pengunjung konsert maut berulang.

"Antara cadangan syarat pemberian lesen termasuklah penganjur perlu membuat imbasan kepada pengunjung,” kata Dato’ Ng Suee Lim yang turut memberi tahu perkara ini akan dibincangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu.

[caption id="attachment_680906" align="aligncenter" width="798"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim bersama peserta Bengkel Libat Urus Penyelarasan dan Penyeragaman Amalan Terbaik PBT di Amverton Cove Golf and Island Resort, Kuala Langat pada 6 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui pemberita selepas merasmikan program di Hotel Amverton Cove Golf & Island Resort, di sini, Suee Lim menambah penangguhan sementara kebenaran permit untuk penganjuran konsert memberi implikasi kerugian kos kepada penganjur.

“Penangguhan oleh polis atas faktor keselamatan membawa kesan kerana penganjur telah banyak melabur. Selepas ini, kita tambah baik garis panduan, mungkin konsert boleh dianjur semula.

“Jika ada keperluan negeri akan mengadakan mesyuarat dengan PBT dan polis untuk mengenal pasti punca kejadian bagi menambah baik garis panduan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu berusia 20 hingga 40-an selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619