EXCO

Ribut: 20 kediaman di Taman Ria, Sekinchan rosak teruk, buka PPS tempatkan mangsa

11 Mac 2025, 10:57 AM
Ribut: 20 kediaman di Taman Ria, Sekinchan rosak teruk, buka PPS tempatkan mangsa
Ribut: 20 kediaman di Taman Ria, Sekinchan rosak teruk, buka PPS tempatkan mangsa

SHAH ALAM, 11 MAC: Sekitar 20 kediaman di Taman Ria di Sekinchan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut sekitar 4.30 petang tadi.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata pihaknya giat bekerjasama dengan beberapa agensi untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa.

"Saya sudah meminta Pegawai Daerah Sabak Bernam bersama skuad Pantas Majlis Daerah Sabak Bernam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk segera turun ke Taman Ria untuk membantu.

"Kita akan buka pusat penempatan sementara di Dewan Seri Sekinchan untuk mangsa yang terjejas berteduh malam ini," katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Sekinchan.

Mengulas kejadian kedua puting beliung di Sekinchan, Suee Lim menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

[caption id="attachment_691076" align="aligncenter" width="812"] Sekitar 20 kediaman di Taman Ria Sekinchan rosak teruk dengan sebahagian besar bumbung diterbangkan angin akibat ribut pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Ng Suee Lim[/caption]

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan bumbung kediaman penduduk diterbangkan ribut dan air hujan memasuki rumah mereka.

Pada 6 Mac lalu, lapan rumah musnah akibat ribut kencang di Parit 4, Sungai Burong, bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian jam 7.30 pagi itu.

Selain rumah, Sekolah Kebangsaan Parit 4 turut mengalami kerosakan bumbung, kuarters guru, kantin dan garaj kereta.

Berikutan kejadian itu, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM500 kepada semua mangsa yang kediamannya mengalami rosak teruk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619