AGENDA

Jeju Air: 174 mayat dikenal pasti, lima lagi dalam proses padanan DNA

31 Dis 2024, 4:52 AM
Jeju Air: 174 mayat dikenal pasti, lima lagi dalam proses padanan DNA

SEOUL, 31 DIS: Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua.

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua.

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk.

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul.

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar.

- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619