AGENDA

Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan, geledah pejabat syarikat penerbangan

4 Jan 2025, 12:55 AM
Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan, geledah pejabat syarikat penerbangan

MUAN (Korea Selatan), 4 JAN: Polis Korea Selatan menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut semalam berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi Jumaat untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.

Pada Khamis, polis turut menghantar kira-kira 30 penyiasat untuk menggeledah pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan pada 9 pagi, sebelum operasi itu selesai pada 2 petang dan 7 malam hari sama.

Polis sedang mendapatkan bukti berkaitan kesahihan "localiser" lapangan terbang, dinding konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan, serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sejurus sebelum nahas berlaku.

Mereka juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera pengawasan berhampiran landasan, selain rekod berkaitan operasi dan penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Waran geledah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut pegawai.

- BERNAMA-YONHAP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619