AGENDA

Banjir di Kuala Krai dijangka pulih sepenuhnya hari ini

30 Dis 2024, 5:20 AM
Banjir di Kuala Krai dijangka pulih sepenuhnya hari ini

KUALA KRAI, 30 DIS: Keadaan sekitar jajahan Kuala Krai yang dilanda banjir sejak semalam, dilihat semakin bertambah pulih susulan cuaca yang baik hari ini dan paras air sungai di kawasan terlibat pula semakin surut dengan ketara.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kuala Krai Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Chuchoh Puteri ditutup sepenuhnya pada pukul 11 pagi ini manakala satu PPS di Chenulang masih dibuka.

"Cuaca hari ini kita lihat semakin baik dan sekiranya keadaan terkawal, kita jangka semua PPS di Kuala Krai tutup hari ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu Penghulu Mukim Kampung Chenulang Ab Aziz Isa berkata beliau telah meminta penduduk kampung yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Chenulang untuk memeriksa keadaan rumah mereka terlebih dahulu sebelum pulang.

"Sekiranya kawasan rumah masing-masing dilihat sudah selamat dan laluan boleh dilalui, mereka (penduduk) boleh pulang untuk membersihkan rumah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa kawasan kampung di Kual Krai yang terjejas mendapati beberapa anak sungai yang melimpah telah surut, manakala air yang bertakung di beberapa jalan utama sebelum ini, kini semakin berkurangan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619