AGENDA

Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai

4 Mei 2025, 12:30 AM
Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai

KOTA BHARU, 4 MEI: Dua beradik lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Muhaimi Hashim berkata dua beradik itu masing-masing berusia 17 dan 16 tahun.

"Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.21 malam sebelum bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota.

"Sebaik tiba di lokasi pada 11 malam, jentera bomba tidak dapat menghampiri tempat kejadian yang jauh di kawasan pedalaman dan anggota perlu berjalan kaki sebelum tiba pada 12.10 tengah malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi ditangguhkan sementara waktu disebabkan cuaca gelap dan hujan ketika itu dan Pusat Kawalan Operasi Bencana telah dibuka di lokasi kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619