SELANGOR

Keselesaan pengunjung, penganjur program selawat pasang platform

29 Dis 2024, 12:00 PM
Keselesaan pengunjung, penganjur program selawat pasang platform

SHAH ALAM, 29 DIS: Hari terakhir Festival Darul Ehsan Berselawat di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam malam ini lebih selesa apabila penganjur memasang platform.

Dato’ Menteri Besar menerusi Facebook memaklumkan penganjur mengambil inisiatif meletakkan platform itu berikutan keadaan sekitarnya becak susulan hujan lebat.

“Memandangkan padang Dataran Setia Alam becak akibat hujan lebat, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk meletakkan platform bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada para hadirin.

“Insya-Allah jumpa di kemuncak Darul Ehsan Berselawat 2024 malam ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Festival Darul Ehsan Berselawat merupakan program sempena sambutan ambang tahun baharu berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Untuk dua hari, walaupun cuaca hujan dan keadaan becak, ia tidak menghalang ribuan umat Islam berkumpul untuk berselawat.

Hari ini, program bermula seawal jam 6 petang itu diserikan dengan alunan zikir dalailul khairat, berselawat dengan kehadiran tokoh terkenal antaranya Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Ustaz Iqbal dan Ustaz Neezam.

Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Pada tahun ini, program tersebut dianjurkan beberapa kali antaranya pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari.

Pada 2 Jun, Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena majlis penutup Festival Turath Islami Selangor di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, diikuti pada 31 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619