AGENDA

Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel

28 Dis 2024, 8:41 AM
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel

MOSCOW, 28 DIS: Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merosakkan jabatan-jabatan penting, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Serangan pagi ini (27 Dis) ke atas Hospital Kamal Adwan telah menyebabkan kemudahan kesihatan utama terakhir di Utara #Gaza tidak lagi dapat berfungsi. Laporan awal menunjukkan beberapa jabatan penting terbakar dan rosak teruk akibat serangan itu,” kata WHO dalam kenyataan di X.

Sekurang-kurangnya 60 petugas kesihatan dan 25 pesakit dalam keadaan kritikal, termasuk mereka yang memerlukan ventilator, masih berada di hospital berkenaan. Pesakit dalam tahap kecederaan sederhana hingga teruk pula terpaksa dipindahkan ke Hospital Indonesia yang telah musnah dan tidak lagi berfungsi, menurut kenyataan itu.

“WHO amat bimbang tentang keselamatan mereka,” tambah kenyataan itu.

Pada Khamis lepas, kira-kira 50 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan berhampiran Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza, kata Pengarah Hospital Hussam Abu Safia.

-- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619