AGENDA

Suri rumah rugi hampir RM148,000, terpedaya tawaran kerja komisen lumayan

25 Dis 2024, 4:40 AM
Suri rumah rugi hampir RM148,000, terpedaya tawaran kerja komisen lumayan

KUANTAN, 25 DIS: Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial di Bera pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa tertarik untuk menyertai tawaran kerja dalam talian menggunakan platform dikenali 'Hand Craft Group 049' pada 13 Dis lepas yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi setiap produk dijual di Telegram.

Mangsa telah diberikan pautan bagi melakukan setiap tugasan berkenaan bagaimanapun suspek kemudian mengarahkan wanita itu membuat semula kerja kraf tangan itu kerana kononnya terdapat kesilapan.

“Dalam pada itu, mangsa juga telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek mengatakan mangsa berjaya mendapat komisyen sebanyak RM200,000 tetapi gagal ditebus sehingga mengalami kerugian. Kesemua transaksi itu menggunakan wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619