BERITA UTAMA

EXCO: Selangor Agro Fest kembali tahun depan, perkasa sektor agromakanan

24 Dis 2024, 1:00 PM
EXCO: Selangor Agro Fest kembali tahun depan, perkasa sektor agromakanan

SHAH ALAM, 24 DIS: Selangor Agro Fest (SAF) 2025 dijadual diadakan Ogos 2025 dengan pelbagai pengisian menarik untuk terus memperkasa sektor agromakanan.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata dijangka berlangsung empat hari sekitar Morib, festival itu bakal menampilkan keistimewaan dengan tambahan pelbagai elemen termasuk pameran flora.

“SAF 2025 dijangka turut menampilkan segmen menarik membabitkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.

“Ia termasuk pameran penternakan, perikanan, pertanian dan industri asas tani dari jabatan terlibat serta padanan perniagaan yang akan menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam sektor pertanian,” katanya kepada Selangorkini.

Menurut beliau, pengumuman Ikon Agro Selangor 2024/2025 dijangka turut diumumkan dalam SAF 2025 dengan beberapa perincian lain sedang dilaksana kini dan akan diumumkan nanti.

Sebelum ini, Ir Izham berkata Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan SAF dalam skala lebih besar tahun depan selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2019.

Menurutnya penganjuran SAF sebagai platform usahawan tani perkenalkan produk mereka selain mampu menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan muda dalam sektor pertanian seterusnya melahirkan kelompok agropreneur baharu.

SAF menjadi antara acara tahunan sejak 2012 dengan matlamat memperkasa dan membangunkan sektor pertanian, sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani di negeri ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619