BERITA UTAMA

Selangor, JPN kerjasama semak silang waris penama Khairat Darul Ehsan

24 Dis 2024, 5:15 AM
Selangor, JPN kerjasama semak silang waris penama Khairat Darul Ehsan

SHAH ALAM, 24 DIS : Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyemak silang waris kepada penama skim Khairat Darul Ehsan.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata usaha itu bertujuan memastikan bantuan RM1,000 disalurkan kepada waris penama yang sah.

“Kita akan bincang dengan JPN terlebih dahulu sebab agensi berkenaan yang ada data tersebut.

“Proses agak teknikal tetapi insya-Allah kita akan tuntaskan sekitar Jun depan,” katanya menerusi rancangan Bual Bicara Skop SelangorTV.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM20 juta untuk melaksanakan skim itu tahun depan, yang memanfaatkan 20,000 individu berusia 50 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU).

Sebelum ini, bantuan khairat kematian warga emas melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619