BERITA UTAMA

EXCO: Pameran udara bakal dijenama semula, teroka lokasi baharu

13 Dis 2024, 11:50 AM
EXCO: Pameran udara bakal dijenama semula, teroka lokasi baharu
EXCO: Pameran udara bakal dijenama semula, teroka lokasi baharu

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 13 DIS: Pameran Udara Selangor (SAS) edisi kelima akan dijenamakan semula dengan menggabungkan pelbagai komponen, termasuk meneroka lokasi baharu, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han menjelaskan perancangan itu bagi menyediakan pengalaman dan perkhidmatan lebih baik kepada pengunjung, di samping memberi tumpuan kepada kepelbagaian elemen serta komponen.

Beliau menambah acara tersebut juga bakal melibatkan sektor berkaitan pekhidmatan syarikat penerbangan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada peserta dan orang ramai.

"Pameran ini akan diteruskan dengan sedikit penjenamaan semula. Kita akan tawarkan lebih banyak pilihan kepada peserta dan pengunjung," katanya dalam sidang media pascalaporan SAS di sini, hari ini.

[caption id="attachment_663443" align="aligncenter" width="703"] Pengunjung melihat Kapal Terbang Pilatus PC-6 milik PDRM yang digunakn untuk tinjuan udara dan Training parasuit ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 13 Septembar 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kita juga akan memberi tumpuan kepada MRO (penyelenggaraan, pembaikan, dan pemeriksaan) serta perkhidmatan lain seperti perkhidmatan syarikat penerbangan.”

Dalam pada itu, Sze Han menekankan edisi kelima SAS merangkumi beberapa komponen utama, masing-masing menyasar sektor berbeza dalam industri penerbangan dan aeroangkasa di Malaysia serta Asean.

“Sambil kita bersiap sedia untuk Sidang Kemuncak Asean akan datang, kita perlu menonjolkan keupayaan aeroangkasa Selangor, mempamerkan infrastruktur, bakat dan lokasi strategik kita.

“Industri aeroangkasa Asean dijangka berkembang secara signifikan, dengan nilai pasaran tahunan melebihi AS$50 bilion (RM222.6 bilion), justeru Selangor mesti meletakkan dirinya sebagai pintu masuk ke pasaran aeroangkasa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619