ad
BERITA UTAMA

Pertanian negeri jamin kelestarian sumber makanan, kukuh pendapatan petani

10 Dis 2024, 2:00 PM
Pertanian negeri jamin kelestarian sumber makanan, kukuh pendapatan petani
Pertanian negeri jamin kelestarian sumber makanan, kukuh pendapatan petani

SHAH ALAM, 10 DIS: Selangor memberi tumpuan kepada usaha pembangunan pembenihan dan baka baharu dalam sektor pertanian bagi memastikan pengeluaran hasil yang menjamin kelestarian sumber makanan negeri.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata antara induk yang giat dan bakal diusahakan kini termasuk pembiakan baka udang harimau, udang kara, jagung manis, jagung bijirin, lembu wagyu dan kambing Barbados Black Belly.

“Contohnya udang harimau sumber untuk sumber protein. Pembakaan sedang kita usahakan di Sungai Nipah yang mana sebelum ini induknya dibeli dari Afrika.

“Itu adalah usaha kita untuk menjaga benih. Ini semua adalah untuk menjaga rantaian bekalan makanan yang lengkap supaya bila pandemik atau apa-apa isu yang boleh menyebabkan malapetaka atau bencana kita bersedia,” katanya dalam program SKOP terbitan Selangor TV.

[caption id="attachment_486898" align="alignnone" width="844"] Ir Izham Hashim (dua, kanan) meninjau agihan benih padi kepada petani di Parit 11 Timur, Sabak Bernam pada 9 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, Izham berkata Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) Fasa 2 akan dirangka bermula tahun depan sebagai pelan tindakan bagi tempoh 2026-2030 untuk terus memacu usaha jaminan bekalan makanan rakyat.

“Ini untuk memastikan kita memperluaskan pelbagai kejayaan pertanian yang kita buat pada fasa pertama. Ini juga selaras perkembangan di bawah Rancangan Selangor Kedua berkait pembangunan pertanian,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam menjayakan kelangsungan sektor pertanian, Selangor bekerjasama dengan pelbagai pihak dan tiada dasar memihak kepada syarikat besar.

“Kita di Selangor terbuka untuk dengar pandangan dan bekerjasama dengan mana-mana pihak. Ada yang kita kerjasama dengan syarikat individu, kita tiada dasar yang hanya memihak kepada syarikat besar.

“Kita akan tengok keperluan. Contohnya kalau kata peringkat kecil, ada program kita kumpulkan tanah (pertanian) di situ (gabungan tanah petani). Di bawah ‘contract farming’ ini, dia ikut spesifiikasi kita, cara penanaman, benih kita bagi dan hasilnya kita beli semua.

“Kita usahakan begitu untuk tambah pendapatan dan bantu juga petani kita supaya dapat pasarkan produk mereka dengan jaminan. Sebab pertanian di Selangor berbeza.

"Kita tengok pasaran dulu, baru kita usahakan apa yang hendak ditanam. Yang beri pendapatan tinggi, pasaran bagus dan stabil baru kita buat proses penanaman kerana pertanian adalah perniagaan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.