Kesebelasan terbaik dunia tanpa Messi selepas 20 tahun

10 Dis 2024, 12:48 AM
Kesebelasan terbaik dunia tanpa Messi selepas 20 tahun

HOOFDDORP, Belanda: Kesebelasan terbaik dunia pilihan FIFPRO menampilkan enam pemain Real Madrid dan empat dari Manchester City, dengan Lionel Messi tidak tersenarai buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun.

Senarai 11 Dunia FIFPRO 2024 adalah edisi pertama sejak tahun 2006 tidak dibarisi Messi. Bintang Argentina itu, yang memegang rekod tertinggi dengan 17 kali terpilih, digantikan oleh Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Vinicius Jr di barisan hadapan.

Jude Bellingham mengungguli undian untuk pemain lelaki, dengan pemain tengah Real Madrid dan England itu menerima 11,176 undian.

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk satu-satunya pemain di luar Real dan City membarisi kesebelasan terbaik tahun ini.

Kesebelasan terbaik lelaki:

Penjaga gol: Ederson (Manchester City, Brazil)

Pertahanan: Dani Carvajal (Real Madrid, Sepanyol), Virgil van Dijk (Liverpool, Belanda), Antonio Rudiger (Real Madrid, Jerman)

Tengah: Jude Bellingham (Real Madrid , England), Kevin De Bruyne (City, Belgium), Toni Kroos (Real Madrid, Jerman), Rodri (City, Sepanyol)

Penyerang: Erling Haaland (City, Norway), Kylian Mbappe(Paris St Germain/Real Madrid, Perancis), Vinicius Jr (Real Madrid, Brazil)

Kesebelasan terbaik wanita

Penjaga gol: Mary Earps (Manchester United/Paris St Germain, England)

Pertahanan: Lucy Bronze (Barcelona/Chelsea, England), Olga Carmona (Real Madrid, Sepanyol), Alex Greenwood (City, England)

Tengah: Aitana Bonmati (Barcelona, Sepanyol), Alexia Putellas (Barcelona, Spain), Keira Walsh (Barcelona, England)

Penyerang: Barbra Banda (Shanghai Shengli/Orlando Pride, Zambia), Linda Caicedo (Real Madrid, Colombia),Lauren James (Chelsea, England), Marta (Orlando Pride, Brazil)

- REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619