AGENDA

30 kampung di Kuala Krai diramal bah mulai esok hingga Jumaat

8 Dis 2024, 1:00 AM
30 kampung di Kuala Krai diramal bah mulai esok hingga Jumaat

KOTA BHARU, 8 DIS: Hampir 30 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Pahi di Kuala Krai dijangka mengalami banjir bermula Isnin hingga Jumaat ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Khamis lepas.

Kenyataan itu memaklumkan kampung yang terlibat di kawasan Sungai Galas adalah Kampung Mambong, Kampung Dabong, Kampung Kemubu, Kampung Kuala Gris, Kampung Bahagia dan Kampung Biak.

Di Sungai Lebir, kampung yang terlibat adalah Kampung Tualang, Kampung Bekok, Kampung Manik Urai, Kampung Gajah, Kampung Laloh, Kampung Karangan, Kampung Manjor, Kampung Baru Sungai Mengkuang, Kampung Mesek, Kampung Temiang, Kampung Cheneh, Lata Rek, Kampung Lela Jasa, Kampung Budi dan Kampung Sungai Sam.

Kampung yang dijangka berlaku banjir di sekitar Sungai Pahi pula ialah Kampung Batu Mengkebang, Kampung Pahi, Kampung Gatal, Taman Perisai Wira, Dusun Damar, Kampung Belanga, Kampung Sungai Pas dan Kampung Temalir.

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa dijangkakan.

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama yang di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619