AGENDA

Kes kerugian pelaburan, pengasas FashionValet didakwa di mahkamah hari ini

5 Dis 2024, 12:43 AM
Kes kerugian pelaburan, pengasas FashionValet didakwa di mahkamah hari ini

KUALA LUMPUR, 5 DiIS: Pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pasangan terbabit akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Setakat 7.30 pagi pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

Pada 28 Nov lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas tersebut sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619