ad
BERITA UTAMA

Dasar mesra pelabur mudahkan pembangunan, tingkat ekonomi Klang

2 Dis 2024, 6:20 AM
Dasar mesra pelabur mudahkan pembangunan, tingkat ekonomi Klang

KLANG, 2 DIS: Pertumbuhan ekonomi Klang dijangka terus dipacu dengan pelaksanaan Dasar Speed Selangor sebagai pemudah cara bagi industri baharu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Abd Hamid Hussain menjelaskan dasar yang memendekkan tempoh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) itu memudahkan proses pembangunan, sekali gus menarik kehadiran pelabur.

"Bagi memastikan Klang terus maju, saya akan berjumpa dengan pihak berkepentingan khususnya pemaju perumahan, industri dan komersial untuk memberi impak positif kepada negara.

"Kelebihan di Klang kita mempunyai pelabuhan dan kawasan industri untuk bantu tingkat ekonomi negara. Dalam hal ini, jabatan dan agensi memainkan peranan dalam mempertimbang dan melulus menerusi Dasar Speed Selangor," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai datuk bandar Klang yang baharu di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini hari ini.

Belanjawan Selangor 2025 memperkenal Dasar Speed Selangor bagi memendekkan tempoh kelulusan KM untuk kawasan industri terancang dari 3.5 bulan kepada 14 hari.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata dasar yang dijangka bermula April tahun depan sejajar agenda Kerajaan Negeri untuk memudahcara perniagaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.