AGENDA

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi, kawalan berjalan seperti biasa

28 Nov 2024, 8:54 AM
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi, kawalan berjalan seperti biasa

PUTRAJAYA, 28 NOV: Keselamatan sempadan negara berada pada tahap tertinggi walaupun beberapa negeri sedang dilanda banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dari segi kawalan itu tetap berjalan sebab kita ada anggota Rejimen Sempadan, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terus mengadakan kawalan di sempadan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini hari ini.

Terdahulu, Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lima daripada 13 pos statik PGA dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

Beliau berkata kelima-lima pos berkenaan ditutup kerana dinaiki air hingga paras lantai dan mengancam keselamatan anggota PGA yang bertugas.

Mengenai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagai membantu kesemua calon terlibat.

“Saya juga minta mangsa banjir untuk memantau anak-anak sewaktu musim banjir ini,” katanya.

Peperiksaan SPM 2024 dijadual pada 2 Dis hingga 6 Februari 2025.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 3.15 petang, sebanyak 49,017 mangsa daripada 14,901 keluarga ditempatkan di 400 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri terjejas.

Enam negeri itu ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis dan Kedah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619