AGENDA

Guna bot hantar jenazah ke tanah perkuburan akibat banjir

27 Nov 2024, 3:00 PM
Guna bot hantar jenazah ke tanah perkuburan akibat banjir

KUALA KRAI, 27 NOV: Jenazah warga emas dari Taman Sri Nal di sini terpaksa dibawa menggunakan bot Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejauh satu kilometer untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Jong petang tadi berikutan kawasan penempatan itu dilanda banjir sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai Kapt Abd Fatah Abd Aziz berkata pasukannya menerima panggilan kecemasan daripada penghulu mukim Batu Jong yang meminta bantuan membawa jenazah Faizah Ismail, 78, untuk dikebumikan, pada 1.26 tengah hari.

"Pasukan penyelamat tiba di rumah arwah di Taman Sri Nal pada 2.15 petang sebelum jenazah dibawa menggunakan sebuah kenderaan jenis Land Rover ke tanah perkuburan kira-kira lima kilometer dari rumah arwah.

"Bagaimanapun, ketika tiba di simpang Jenal pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot pula ke tanah perkuburan sejauh satu kilometer kerana kawasan itu dinaiki air sedalam dua meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan penyelamat tiba di tanah perkuburan pada 2.30 petang dan turut membantu urusan pengebumian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619