ad
AGENDA

Amaran hujan lebat di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang hingga 6 petang

25 Nov 2024, 7:38 AM
Amaran hujan lebat di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang hingga 6 petang
Amaran hujan lebat di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang hingga 6 petang

SHAH ALAM, 25 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.