AGENDA

Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang

20 Dis 2024, 1:32 AM
Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 Nov lepas.

“Ini susulan petempatan mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.

“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.36 meter (trend menurun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat, Kluang dan Tangkak dijangka cerah, sementara Muar, Mersing, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai pula diramalkan mendung pagi ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619