BERITA UTAMA

LPHS laksana pembahagian kluster, segera selesai isu hak milik strata

24 Nov 2024, 2:30 AM
LPHS laksana pembahagian kluster, segera selesai isu hak milik strata

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri mengarahkan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) membuat pembahagian kluster bangunan kediaman strata yang belum mendapat hak milik.

EXCO perumahan berkata pembahagian kluster itu akan memudahkan proses penyelesaian mendapatkan hak milik strata dengan menggunakan peruntukan khas RM10 juta yang dibentang dalam Belanjawan Negeri 2025.

Jelas Datuk Borhan Aman Shah, jawatankuasa khas perumahan mengenal pasti kediaman strata yang boleh diselesaikan tetapi mereka mengalami kekangan seperti di Puchong dan Sepang.

"Oleh itu, isu strata ini kita akan bantu dengan mendahulukan kediaman bangunan mengikut peratusan paling tinggi yang boleh diselesaikan. Kerajaan Negeri ada cara untuk menyelesaikannya terutama bagi pemilik yang telah meninggal dunia...kita mahu selesai secepat mungkin.

"Dengan adanya suntikan dana diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2025 dapat membantu menyelesaikan isu strata dalam sesuatu tempoh," katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Laman Hijau Strata Selangor 2024 semalam.

Terdahulu, dalam sidang Dewan Negeri Selangor, Borhan menjelaskan jawatankuasa khas perumahan mengenal pasti 138,817 unit kediaman bertingkat di seluruh Selangor masih belum mendapat hak milik strata.

Katanya, jawatankuasa khas inisiatif pengeluaran hak milik strata bagi perumahan dan hartanah yang ditubuhkan Mac lalu mengenal pasti antara isu membabitkan hak milik strata termasuklah dokumen pembangunan tidak lengkap seperti kebenaran merancang, pelan bangunan dan lesen pemajuan serta perjanjian jual beli.

Baru-baru ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari Ketika membentang Belanjawan Selangor 2025 memaklumkan RM10 juta diperuntuk bagi tujuan dana awalan Tabung Penyelesaian Strata di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619