AGENDA

23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di Timur Tengah

24 Nov 2024, 2:06 AM
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di Timur Tengah

BAITULMUQADDIS, 24 NOV: Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek, timur Lubnan, lapor media kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

Menurut Agensi Anadolu, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila jet pejuang Israel menyerang sebuah rumah di bandar Shmustar.

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu dan empat anaknya.

Lima lagi mangsa kehilangan nyawa dan lima lagi cedera di bandar Bodai.

Empat orang dilaporkan terbunuh manakala tiga yang lain cedera di bandar Flawiye manakala seorang lagi maut di bandar Brital.

Serangan udara Israel turut mencederakan 18 orang di bandar Ras al-Ain dan tiga yang lain cedera di bandar Hourtala.

Di daerah Zahle, wilayah Bekaa, serangan udara Israel di kawasan Harat al-Fikani membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan dengan Lubnan, melancarkan kempen udara pada akhir September.

Sejak Oktober lepas, lebih 3,600 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan, dengan lebih 15,300 cedera dan lebih 1 juta penduduk terpaksa berpindah, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Tel Aviv memperluas konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Okt.

- BERNAMA-AA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619