AGENDA

PM kecam serangan udara Israel ke atas Damsyik

17 Jul 2025, 4:56 AM
PM kecam serangan udara Israel ke atas Damsyik

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengecam serangan udara terbaharu Israel ke atas Damsyik yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap kedaulatan Syria serta meragut nyawa orang awam tidak berdosa.

“Serangan ini merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Syria menanggung penderitaan dahsyat sepanjang lebih sedekad, dan rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus menjadi mangsa keganasan atau campur tangan asing.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menggesa agar pencabulan seperti ini dihentikan serta-merta, di samping menyeru komitmen semula terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,” ujar beliau lagi.

Israel melancarkan serangan udara semalam ke atas Damsyik yang menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria serta kawasan berhampiran Istana Presiden.

Serangan itu berlaku ketika Israel meneruskan serangannya di wilayah Suwayda di selatan Syria, dengan alasan bagi melindungi komuniti minoriti Druze, sambil memberi amaran bahawa operasi akan diteruskan selagi pasukan Syria tidak berundur.

Tentera Syria sebelum itu dihantar ke kawasan terbabit bagi memulihkan ketenteraman susulan pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze dan Badwi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619