AGENDA

Israel lancar serangan udara di Beirut, empat terbunuh, 23 cedera

23 Nov 2024, 1:40 PM
Israel lancar serangan udara di Beirut, empat terbunuh, 23 cedera

BEIRUT, 23 NOV: Serangan udara Israel menyasarkan kawasan kejiranan Basta di tengah Beirut pada awal Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Empat orang mati syahid dan 23 yang lain cedera dalam serangan udara oleh musuh Israel di kawasan Basta di Beirut," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan serangan itu memusnahkan sepenuhnya sebuah bangunan kediaman di Jalan Al-Mamoun di daerah berkenaan.

Pasukan penyelamat dan responden kecemasan berusaha mengeluarkan mayat dan membantu mangsa yang terselamat di tengah-tengah runtuhan. Beberapa daripada mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan dengan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan dengan Lubnan, melancarkan kempen udara pada akhir September.

Sejak Oktober lepas, lebih 3,600 orang terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan, dengan lebih 15,300 cedera dan lebih 1 juta kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Tel Aviv memperluaskan konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Okt.

-- BERNAMA-AA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619