AGENDA

OIC puji keputusan ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, pegawai Israel

23 Nov 2024, 12:45 AM
OIC puji keputusan ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, pegawai Israel

ANKARA, 23 NOV: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan lewat Khamis, OIC menyifatkan langkah itu sebagai "langkah penting ke arah menamatkan ‘kekebalan daripada hukuman’ yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad" dan "memulihkan keyakinan terhadap keadilan dan akauntabiliti antarabangsa."

Pertubuhan itu menegaskan bahawa keputusan berkenaan "mewakili kemenangan bagi legitimasi antarabangsa dan kedaulatan undang-undang."

OIC turut menyeru komuniti antarabangsa, khususnya negara anggota Statut Rom, agar “menghormati dan melaksanakan keputusan penting ini.”

Selain itu, OIC menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk “mempercepatkan penghakiman mengenai dakwaan genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.”

Dengan menekankan krisis kemanusiaan yang berterusan, OIC merayu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya “mengambil langkah segera dan berkesan untuk menguatkuasakan resolusinya.”

Pertubuhan itu juga menuntut “gencatan senjata menyeluruh dan kekal bagi menamatkan pencerobohan ketenteraan serta genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin” dan menyeru supaya “bantuan kemanusiaan sampai ke semua kawasan di Semenanjung Gaza tanpa halangan.”

- BERNAMA-AA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619