AGENDA

Tiada cadangan tarik subsidi minyak masak peket - Rafizi

20 Nov 2024, 8:24 AM
Tiada cadangan tarik subsidi minyak masak peket - Rafizi

PUTRAJAYA, 20 NOV: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menarik subsidi minyak masak peket.

Rafizi berkata kenyataan beliau sebelum ini telah diambil di luar konteks.

Beliau berkata kenyataannya sebelum ini adalah menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan menjurus kepada pemansuhan subsidi barangan keperluan itu.

"Saya ditanya soalan bersifat umum, apa kita nak buat pasal ketirisan minyak peket ini? Jadi jawapan saya ialah setiap program itu kalau ada ketirisan memanglah ada penilaian dan perbincangan.

“Itu yang disebut tetapi dilaporkan ialah kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi minyak peket,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Innovathon Musim Kedua di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan isu pemansuhan subsidi minyak masak peket ada dibincangkan kerajaan bagi mengatasi masalah ketirisan.

Sementara itu, mengenai program Innovathon, sebanyak 56 orang peserta yang telah melepasi proses saringan pada sesi ujibakat Innovathon, iaitu program realiti televisyen khusus memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif di negara ini.

Program berkenaan akan bersiaran dalam lapan episod bermula 30 Nov ini, dan pemenang terpilih berpeluang memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.

Selain diberi bimbingan, peserta berpeluang mempersembahkan idea mereka diperingkat The 100 Pitch kepada 100 bakal pengguna yang dipilih daripada pelbagai latar belakang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619